Rais Yatim

Yang Berbahagia
Tan Sri Dato' Seri Utama Dr.

Rais Yatim

PSM; SJMK (Kel); SPMP (Pls); SSAP (Phg); SPNS (NS); SPDK (Sbh)
Yang di-Pertua Dewan Negara
Dalam jawatan
2 September 2020 – 16 Jun 2023
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriDato Seri Anwar Ibrahim
Didahului olehVigneswaran Sanasee
Digantikan olehWan Junaidi Tuanku Jaafar
Ahli Dewan Negara
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
16 Jun 2020 – 16 Jun 2023
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriDato Seri Anwar Ibrahim
Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Negeri Sembilan
Dalam jawatan
18 September 2018 – 7 September 2020
Digantikan olehEddin Syazlee Shith
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
Dalam jawatan
2009–2013
Didahului olehAhmad Shabery Cheek
Digantikan olehAhmad Shabery Cheek
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Jelebu
Dalam jawatan
1999–2013
Didahului olehYunus Rahmat
Digantikan olehZainudin Ismail
Dalam jawatan
1982–1990
Didahului olehAbdul Samad Idris
Digantikan olehIbrahim Sareh
Dalam jawatan
1974–1978
Didahului olehPerlembagaan baharu
Digantikan olehAbdul Samad Idris
Menteri Besar Negeri Sembilan
Dalam jawatan
1978–1982
Didahului olehMansor bin Othman
Digantikan olehIsa Samad
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Pertang
Dalam jawatan
1978–1982
Didahului olehAminuddin Abdul Manap
Digantikan olehAbdul Kadir Kassim
Butiran peribadi
LahirRais bin Yatim
(1942-04-15) 15 April 1942 (umur 82)
Kuala Klawang, Negeri Sembilan, Tanah Melayu British (kini Malaysia)
Parti politik GR-S46 (1989-1996)
BN-UMNO (1967-1988; 1996–2018)
PH-BERSATU (2018-2020)
PN-BERSATU (2020- kini)
PasanganPuan Sri Masnah Muhamat
Anak-anak
  • Malini
  • Dino
  • Danni
  • Ronni
KediamanAmpang, Selangor
PekerjaanAhli Politik
ProfesionPeguam


Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim (lahir 15 April 1942) merupakan ahli politik Malaysia yang telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara pada 2 September 2020 lalu.[1] Sebelum itu, beliau ialah menteri di pelbagai kerajaan persekutuan dari 1974 hingga 2013 dan Menteri Besar Negeri Sembilan dari 1978-1982. Beliau memegang kerusi Jelebu di Parlimen Malaysia sehingga 2013.

Beliau mempunyai sejarah perjuangan yang panjang dan merupakan antara tiga tokoh veteran yang kekal relevan serta menjadi rujukan banyak pihak iaitu Rais, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau merupakan tokoh yang dihormati dan mencipta rekod sebagai satu-satunya menteri yang berkhidmat di bawah lima Perdana Menteri sejak tahun 1974. Rais juga merupakan antara Menteri Besar termuda iaitu berusia 36 tahun ketika memimpin Negeri Sembilan.

Memulakan langkah politik, beliau menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan muncul antara pemimpin yang penuh berkarismatik. Dalam politik, Rais menganggap Dato’ Seri Harun Idris sebagai mentor dan Tun Razak pula merupakan Perdana Menteri yang banyak membuka ruang untuk beliau menapak dalam politik. Rais menjadi Timbalan Presiden parti Semangat 46 (1987-1996) susulan pertembungan di antara Team A dan Team B dalam UMNO dan kini bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai Penasihat BERSATU Negeri Sembilan.

Pertembungan Team A dan Team B dalam UMNO itu dianggap sebagai ‘fight of the Titans’ sehingga membawa kepada terjadinya pengharaman UMNO dan tertubuhnya Parti Semangat 46. Selepas kekalahan tipis team B, Rais dan Tengku Razaleigh memilih untuk meletak jawatan Menteri pada 29 April 1987. Keputusan Rais meletak jawatan itu mendapat ulasan daripada Dr. Mahathir. Beliau dilaporkan Utusan Malaysia sebagai berkata: “Saya memahami dan menghargai keputusan peletakan jawatan yang dibuat oleh Rais Yatim. Tidak ada yang berani mengeluarkan pendapat seperti beliau. Dukacita kerana sokongan Rais tidak diberikan kepada saya,”.

Rais juga diingati dengan kenyataan “membakar jambatan” tetapi beliau menjelaskan Team B bukan menentang UMNO, sebaliknya hendak memulihkan UMNO kerana, UMNO bukan milik individu. Bahkan Rais menjelaskan kemudiannya mengenai kenyataan itu dengan rangkap pantun:

Pokok lada tepi tempayan,

Kalau dibakar menjadi abu,

Apa ada pada jambatan,

Kalau terbakar binalah yang baru.

Dalam sejarah politik tanah air, Rais merupakan satu-satunya Menteri yang menjawat Jawatan Menteri Luar sebanyak dua kali. Kepercayaan yang diberikan Dr. Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi itu merupakan manifestasi kepada kebolehan serta ketokohan Rais khususnya dalam menterjemahkan dasar-dasar luar Malaysia di samping kepakarannya dalam sesi rundingan.

Beliau juga merupakan Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan (bertaraf Menteri) dan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dari 2013 hingga 2018.  

Rais juga merupakan sosok yang dianggap sebagai tokoh dalam jurusan perundangan dan perlembagaan. Beliau kerap menjadi rujukan dalam isu-isu perundangan dan perlembagaan, memandangkan jurusan undang-undang merupakan sebahagian daripada kepakaran Rais. Malah, tesis Ph.D beliau yang bertajuk Rule Of Law and Executive Supremacy in Malaysia kekal menjadi rujukan akademik sehingga kini.

Tersohor sebagai budayawan, kecintaan Rais terhadap seni dan budaya diakui semua pihak melalui dasar, tindakan serta kenyataannya yang konsisten sejak dulu hingga sekarang. Beliau merupakan sebahagian kecil tokoh yang giat mempertahankan seni sebagai warisan dan ketamadunan bangsa, dengan terbaharu pada 12 April 2021 lalu, dijayakan Pameran Jawi Jiwa Bangsa, Seni Tonggak Budaya yang bersekali dengan pelancaran buku Budi Asas Tamadun, disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam lapangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pula, Rais bertanggungjawab mengasaskan Pertubuhan Anti Dadah Malaysia (PEMADAM) dan menjadi Presiden dari 1976 hingga 1987. Beliau juga merupakan Presiden Persekutuan Pertubuhan Bukan Kerajaan Antarabangsa (IFNGO) dari tahun 1980 hingga 1987. Rais turut bertanggungjawab mengasas dan mengepalai Badan Kebajikan dan Pelajaran Jelebu (1995-2013) dan sekarang memimpin Yayasan BUDI selaku Pengasas dan Pengerusi sejak 2014. Yayasan BUDI ini diwujudkan bagi membantu golongan kurang bernasib baik, di samping memperjuangkan seni dan budaya.

Sepanjang penglibatannya dalam gerakan siasah dan perjuangan memartabatkan budaya, banyak anugerah diterima Rais antaranya Anugerah Tokoh Buku Negara 2010. Anugerah ini sebagai menghargai jasa beliau dalam bidang penulisan dan penerbitan buku. Pada 2016, Rais menerima Anugerah Ph.D Kehormat daripada Universitas Andalas, Padang, Indonesia dalam bidang hukum dan kemasyarakatan. Setahun selepas itu pula, Rais menerima Anugerah Ph.D Kehormat daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam bidang warisan. Beliau juga turut menerima Anugerah Ph.D Kehormat dari dua buah universiti lagi iaitu Universiti Multimedia Malaysia (2012) dan Universiti Istanbul (2015).


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne